Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-Dec-2008 05:48 Email | Share | Bookmark
raya aji 2008

 
 
 
 
 
salam aidil adha. kali ni kami tak balik beraya di kampung. beraya di bangi je. hubby ku outstation...jadi masa untuk pulang beraya agak suntuk. dah tak balik.....nak masak pun tak ada mood. almaklumlah sebelum ni setiap kali raya...ku tak perlu fikir juadah raya, just tolong2 je mak atau mertua masak . ni kat umah sendiri kena le buat sendiri semua....padan muka ku kuang kuang kuang.


as usual, ku suka amik gambar masa anak2 beranak ni sibuk buat ketupat palas. kali ni 3 beranak tu plus mirna (my niece yg tshirt biru - yg tertinggal bas nak balik beraya ke ipoh hahaha) tolong balutkan ketupat. ku nak balut...hubby ku kata...tak yah le...gi le wat keja lain. awak buat kang...saya kena buat dua kali kerja nampak sangat ku tak leh join derang balut ketupat coz ku balut tak sekemas derang. reti tu reti tapi tak kemas dan kejap kih kih kih kalau ku buat...tak leh rebus...kena kukus je so tiap kali wat ketupat palas kat umah sendiri...ku just siapkan pulutnya utk dibalut je. yg lain hubby ku le jadi chief

sementara derang balut ketupat...ku masak ayam masak merah pak aji hassan, rebus mini ketupat nasi, kari daging dan kuah kacang. fuyooo suspen gak wat kari daging pekat utk cicah ketupat tu. coz ku selalu dok wat kari daging cair je utk makan ngan nasi. ni hubby nak kari pekat ala mak dia wat. nasib it turned out not so bad. it may not be as good as my mother in law buat...but ok le tak ingat nak snap pun gambar2 menu tu seme. yg ditayang ni recycle gambar lama je hehehe. next morning ku wat kuah lodeh ngan sambal bilis. so menu pagi raya ku...lontong, ketupat palas, kari daging dan ayam merah.

pastu ku ada wat spongecake layer stroberi buttercream pastu for the first time....mencuba buat fondant dan ku selimut le spongecake tu dgn fondant kaler biru hehehe. tak penah tengok real life fondant org buat atau makan. so thru info dari tenet...ku pun mencuba le buat fondant...selepas di hembus semangat oleh ana aka elianas fp . thanks ana...coz bagi ku semangat utk mencuba hehehe. hasilnya tak leh sehebat sifu2 kek yg lain...tapi ok le kot utk kali diri ku yg begitu jahil tentang fondant ni. niway fondant ku ni agak tak stable...macam cair je kat tangan ku. tak leh pun nak buat bunga. nak selimut pun susah ya amat. pastu jadi tak smooth. niway...ganbarimasu

ni le rupa kek fondant ku yg pertama. niway ku ada wat honey bee badan kaler peach tapi lupa nak amik gambar dia lak. spongecake tu ku wat from scratch. ku ni kekadang men guna premix yg yummie jual je utk spongecake. tapi kali ni ku tak ada stok premix vanilla spongecake so kena le wat. ku guna resipi copy & paste dari k/amal fp. tq k/amal for sharing. not bad gak texture and taste dia.

ni resipi nye

Kek Span Asas - Sumber Kmal ambik dari Blog nina
Dipetik dari buku "Romancing With Cakes"

10 biji telur Gred B
180 gm gula castor
180 gm tepung gandum**
20 gm serbuk koko**
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar ovalette**


Putar telur dengan kelajuan tinggi bersama ovalette selama 8 minit atau sehingga ia menjadi kembang 2x ganda. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil adunan diputar laju. Putar hingga adunan menjadi putih dan pekat. Perlahankan mixer dan masukkan tepung yg telah diayak, kemudian masukkan minyak jagung dan kacau hingga sebati. Jangan terlalu lama. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang telah dialas bersaiz 10" dan bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak.
**Ini yang telah diolah

resipi fondant lak - x ingat lak amik kat web mana
FONDANT
• 235 ml light corn syrup
• 205 g shortening
• 3 g salt
• 5 ml clear vanilla extract
• 910 g confectioners' sugar

In a large bowl, stir together the shortening and corn syrup. Mix in the salt and vanilla flavoring, then gradually mix in the confectioners' sugar until it is a stiff dough. If you are using a stand mixer, use the dough hook attachment. Otherwise, knead by hand. If the dough is sticky, knead in more confectioners' sugar until it is smooth. Store in an airtight container at room temperature or in the refrigerator.
To use, roll out on a clean surface that has been dusted with confectioners' sugar until it is 1/8 inch thick or thinner if you can. Drape over frosted and chilled cakes and smooth the sides down, or cut into strips to make bows and other decorations.


ku wat dua swiss roll oren utk dijamu masa raya aji. dan stroberi + choc cupcake tu lak saja buat utk makan2. lagipun friday 5th dec...11th birthday irfan. dia tak mau selebret ngan kek pun. ku ja gatai wat utk makan2 anak branak. friday tu bawa dia tgk wayang je kat alamanda. dah muak kata anak2 ku makan kek. tengok pun tak lalu masa 14th october, birthday syairah pun tak wat kek...just gi dinner kat pizza hut as per her request je. no photos...coz syairah camera shy...shy ke...tak suka langsung gambarnya diambil.

ni plak tempahan kukis dan cistat utk raya aji. tima kacih buat k/anom, haslina dan zaidah.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net