Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 30-Aug-2008 11:30 Email | Share | Bookmark
seminggu sebelum ramadhan 1429

 
 
 
 
 

ni ciskek ku wat last week emmm sedapnya...base dia guna nestum choc chip reject ku tambah ngan hazelnut...emmm sedapnya. cis nye plain je...ku memang suka ciskek yg plain ni...so that ku dpt rasa the actual taste. resipi ciskek ni amik dari fp k/rinnchan. ciskek ni jadi cantik je...level je atas dia, tak ada lopak pun, cuma rupanya agak terlebih brown...tak suci cam k/rinn buat hehehe. tastewise pun sedap, tekstur pun very light and smooth. tapi ku ni org yg cerewet gak ku ada ku nyer own preferences...ku lebih suka yg agak heavy skit and lebih skit masam dia. tapi untuk normal person.....resipi ni memang sedap...tu lah lain orang lain citarasakan.

ni resipinya - copy and paste dari fp k/rinn je...bolehkan k/rinn

FASTEST CHEESE CAKE
Sumber : Tak tercatat dalam buku nota tapi dari sebuah website omputih..

Bahan-bahan :
500gm philadelphia cream cheese (2 ketul lah tuuu... )
1 cawan susu segar
1 cawan gula putih ( Rinn guna 3/4 cup castor sugar)
2 sudu besar tepung jagung
1 camca teh esen vanilla
4 biji telur
1/2 biji buah lemon yang warna kuning tuu..., perah jusnya

* Cheese cake ini tanpa base tapi Rinn bubuh juga base biskut oreo...***Patutlah tak jadi "Fastest" sebab dah curi masa sediakan base nya..

Cara-cara:
**Base biskut oreo
1 packet panjang biskut oreo dikisar halus. Cairkan 60gm butter dan gaulkan. Tekan dalam loyang 22cm or 23cm dan sejukkan dalam petisejuk.

1. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel.
2. Putar cream cheese hingga kembang. Masukkan gula, susu, jus lemon dan tepung jagung. Terus putar sampai kembang.
3. Masukkan telur satu persatu. Selepas telur yang ke 4, putar lagi selama 7 minit.
4. Tuang adunan ke atas base biskut oreo.
5. Bakar secara water bath selama 1jam atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing. dah masak kuar terus dari oven kata k/rinn tapi kuar biar dah suam baru kuar dari oven hehehe
6. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. Sejukkan dlm petiais selama 3jam - 4jam.
7. Hias ikut citarasa. Hidangkan.


minggu ni minggu yg bz...almost everyday ada tempahan. yg tak ada tempahan cuma khamis dan ahad je. bermula dgn isnin, tempahan dari hana syakirah - 7" choc banana cake and plain carrot walnut cake. masa hana datang umah ada kejadian tak diingini berlaku. dlm dok sibuk sembang dgn hana...hasya doter hana, jatuh kat lantai umah ku. dia dok main bola. ingatkan skit je...rupanya luka dagu dia..agak teruk juga ...lantai umah ku tiles tapi gaya luka dagu hasya macam jatuh kat jalan raya. darah kuar byk gak. kecian kat hasya. harap2 by now luka hasya tu dah okay.


hari senin tu gak ku dpt order last minit dari nizar. dia minta ku buat kat cuppies choc + ganache, karipap dan baby cistat untuk adik dia shafiqah yg belajar di UKM. dia minta ku hantar sekali kat adik dia coz...senin adalah besday adik dia tu. so ku did my best siapkan ari selasa dan anto lepas maghrib.
emmm gembira skali air muka shafiqah bila terima surprise gifts dari kakak dia....terpancar kegembiraan diwajah dia...senyum melebar...membuatkan ku dan suami juga turut tersenyum dan rasa gembira . niway nasib gi ngan hubby ukm tu...kalau tak terpusing2 le gak ku nak cari kolej ....hubby lak dia dulu student UKM so ok le kan. lepas tu kami singgah kat kolej ibrahim yaakob, gi anto cuppies dan cistat utk farehah, my niece.


rabu dapat tempahan dari grup keusahawanan athirah, my niece. derang ode cupcakes choc marble dan souffle cheese dan juga muffin blueberry, utk dijual kat kawan2 derang kat UPM. so the whole day ku bz dok bakar cuppies tu seme. lewat petang baru gi anto. lepas anto kat athirah gi singgah kolej mirna lak, (my niece yg sorang lagi) kasi cuppies xtra dari tempahan tu.


ni plak tempahan utk jumaat dan sabtu. carrot walnut dan cheese frosting dari alia. baby cistat dan karipap frozen dari k/dot dan kawannya di putrajaya. sabtu plak baby cistat dari ainun dr bandar tun hussein onn.

memang bz giler minggu ni. ingatkan nak concentrate wat kukis je...rupanya byk la ode cake, cuppies dan cistat...syukur lah rezeki nak ramadhan kan. lagipun bagus juga...at least boleh wat modal nak wat kukis kan kepada seme kenalan yang sudi membuat tempahan...jutaan terima kasih. harap kalian suka dengan apa yg ku mampu berikan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net