Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Jul-2008 11:17 Email | Share | Bookmark
muffin cok cip

 
 
 
 

muffin coklat cip yg ku amik dr fp ana @ elianas fp. patut le ana kata...sure jadi punya takkan jadi kek bantat heehhe rupa2 nya sukatan baking powder punya le banyak sampai 15 gm. muffin ni okay tapi agak kering pada ku mungkin sebab byk sgt baking powder atau ku ada terkurang sukat memana bahan kot stended le ku ni suka adjas sana sini. ku adjas gula...dan padan muka...cok cip pun skit je ada...last2 muffin ni jadi agak kurang menyengat coz kandungan gula tak match dgn rasa koko dia tu lah gatai sgt tangan ni. tak eti nak ikut cakap...orang utara kata ketegag

niway muffin ni sempat ku kasi pada fiza dan juga hana dari hana shakirah blogspot. hana datang melawat ku kat umah untuk berkenalan dgn ku. besar nye le ati akak, hana oiii coz hana sudi berkenalan ngan aka hana datang petang semalam dgn anak2 dia hasya dan syahir. sonok sembang ngan hana. dan sonok tengok keletah anak2 hana. to hana, tq hana sudi datang bertandang...len kali datang le lagi jgn serik yek
MUFFIN COKLAT CIP
Sumber: Chef Anuar Deraman

Bahan-bahan
100gm telur
75 gula perang
75 gm gula kastor
150 ml susu
150 ml minyak masak
250gm tepung gandum
15 gm serbuk penaik
15 gm serbuk koko
100 gm coklat cip

Cara:-
1. Campurkan telur bersama gula perang dan gula kastor. Kacau sebati.
2. Masukkan susu dan minyak ke dalam adunan telur dan kacau rata.
3. Gaul tepung, serbuk penaik bersama serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan. Kacau rata.
4. Masukkan coklat cip dan kacau rata
5. Masukkan adunan ke dalam paper cup yg diletakkan di dalam acuan muffin
6. Bakar sehingga masak pada suhu 190C lebih kurang 20 minit.

Tips: adunan yg dimasukkan coklat cip tidak perlu dikacau terlalu lama kerana ini akan membuatkan coklat cip kembang dan adunan akan menjadi keras.


foto ulang tayang karipap. karipap ni memang purposely ku goreng bagi jadi kembung2 dan berjerawat atau berlopak cengitu selama ni ku memang goreng karipap cam licin gitu...coz dari awal berkecimpung dlm arena karipap ni (cewah poyo je) kak ipar ku dah ajar cara2 nak goreng karipap supaya licin. tapi yg edisi ni purposely kasi jadi rupa cengitu, iaitu goreng masa myk panas2 gitu...coz rupanya ada insan yg suka tekstur kulit karipap cengitu tu lah lain orang lain citarasa yek.

ni letak foto ulang tayang coz nak letak resipi pastry karipap ni. resipi yg telah lama ku amik kat fp k/rinnchan dan telah lama digunakan...selama ni ku pasti ada kat fp ku ni resipi nya sampailah baru ni ari senin, seseorang yg bernama Lina dari penang called dan tanya pasal resipi karipap tu. ku konpiden je jawab amik le kat fp...dia kata mana ada kak..aik tak de yek...sori le. so dah bagi resipi verbally kat lina tu. rasanya elok le letak lagi skali.

karipap rinnchan

2 cwn tepung gandum
3 sdb besar marjerin (utk kpap kat gambar tu ku adjas 1.5 sdb marjerin + 1.5 sdb shortening)
1 sdb minyak masak
1/2 cwn air paip yg dicampur ngan skit garam.

gaul tepung ngan marjerin dan minyak jadi cam breadcrumbs then baru masuk air dan uli sebati. then baru le canai dan bentukkan.


tempahan last friday dari k/dot dan kawan2 ofis dia kat putrajaya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net