Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Apr-2008 04:24 Email | Share | Bookmark
majlis di kejiranan seksyen 9

 
 
 
 

Last sunday, ku gi hadiri majlis yassin di rumah Aja. Niway majlis ni ada every month di kejiranan ku nih. majlis ni dah diadakan beberapa kali tapi ini lah kali pertama ku dapat hadir ke majlis ini. normally diadakan pada hari sabtu tapi kali ni hari ahad. the attendance for this majlis...tak seramai yang sebelum ni. agaknya kebetulan hari tersebut ramai yang ada hal kot. majlis ni just for kaum ibu je. bagus juga ada majlis sebegini, at least baru le kenal jiran2, bertukar cerita dan pendapat dan berkongsi ilmu. masa sesi makan2 emmm penuh meja juadah yang disediakan tuan rumah dan juga buah tangan dari para tetamu. fening nak makan ha...terlampau byk pilihan hahaha. hopefully, lepas ni ku dapat hadiri lagi majlis sebegini di sini.




ni blueberry muffin buat last sunday morning. aceli ada kwn request sample. so ku buat le sikit. resipi...tekstur nya lebih kepada tekstur kek...very spongy kalau dibanding dgn resipi blueberry muffin yang ku buat sebelum ini. yang dulu tekstur dia di antara english muffin dan kek. niway yang ni kalau simpan lama skit pun tak apa...tak perlu dipanaskan bila nak makan. so dedua resipi pun ku suka hehehe.

BLUEBERRY MUFFIN (copy and paste dr fp k/rinn)
Bahan-bahan:
280gm butter
240gm gula castor
4 biji telur
2 camca kecil esen vanilla
250ml susu segar
400gm tepung gandum
4 camca kecil baking powder
Blueberry filling secukupnya.

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula caster hingga berkrim dan putih gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul adunan.
4. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Pukul sebati.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam batter sedikit demi sedikit. Jangan terlebih mengadun.
6. Isikan adunan ke dalam muffin cups separuh penuh. Isikan sesudu blueberry filling dan
tutup semula dengan batter sehingga tiga per empat penuh.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min -30min.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net