Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-Apr-2008 18:51 Email | Share | Bookmark
balik kampung

 
 
 
 
 
last weekend kami balik kg. tak plan dari awal pn cuma suddenly n thursday evening hubby kata maybe nak balik kg on friday petang. only after solat jumaat baru dia konpem jadi. kelam kabut gak ku packing ken baju. aceli hubby ada kerja skit kat UUM on sunday. tu yang kami singgah ke kampung sekali. lagipun dah lama tak balik, last trip masa raya aji. petang kol 6 kami bertolak. biasa le ari keja...so hiway utara selatan tu start masuk area damansara je...memang le byk keta and slow moving sampai le lepas rawang/bukit beruntung. pastu slow moving lagi coz kerja2 pembinaan lebuh raya sampai le ke tanjung malim. kol 8.30 baru sampai R&R tapah. berenti dinner kat situ. kol 9 baru sambung perjalanan...tapi memang perasan...byk keta menghala ke utara. anyway managed to reach kg hubby kat Bukit Mertajam around 11.45 pm. tapi bawa keta..macam nak tercabut meter ...hehehe tu ku le kata kat hubby...manataknya sampai 180 kmj (nasib kete ni meter byk tu je....klu ford laser buruk ku tu sampai 240kmj ntah le camne plak) ditekannya minyak sampai irfan dok tido pun bangun pesan..."bawa le slow skit, ni bukannya kete F1" ketawa besar ku kat hubby ku, tersengih2 dia.


ini kek mocha yang ku buat untuk balik kg. last minute pun buat. niway...sedap kek ni k/rinn hehehe coz amik dari fp k/rin. tapi dia nyer belang tu....suka ati makbapak cheq le

dok umah mertua sampai petang sabtu, pastu bergerak ke rumah mak ku plak kat Sg Acheh, Nibong Tebal. dlm perjalanan kami singgah kat gerai mee kuah yg menjadi tumpuan org sekitar tu. laku betui kedai tu. ku penah makan mee tu tapi tak pernah makan kat kedai tu, tapau je. tapi kali ni hubby ajak makan kat situ. and ku punya terkejut...bukan takat customer je penuh meja ....di atas meja juga dipenuhi dengan lalat2. hairan sungguh napa le dah byk lalat cengitu pun kedai tu laku lagi???? hubby kata lalat2 tu bukannya memberi makna kedai tu kotor, tapi kawasan tu memang byk lalat coz tak jauh dari kampung tu adalah tempat penternakan ayam dan itik...emmm patut le pun.



sunday pepagi hubby dah kuar umah ke UUM. so ku lepak kat umah mak ku. sambil borak2 dengan k/ipar ku. anak ku plak esp irfan....emmm sakan dia bermain dengan sepupu dia aiman. abis bendang pun diterjahnya. selama ni dia tak pernah terjun bendang coz selama ni derang sibuk ngan game kat komputer bila balik kg atau men ps2 tapi kali ni komputer rosak and ps2 tak ada kat umah....so bendang blakang rumah diterjahnya . itulah tempat ku dok main dulu2 masa kecit2

kol 5 ptg baru bertolak balik ke sini. elok nak sampai trowong sebelum tol jelapang....kereta dah byk dan start slow moving. ingatkan sekejap je...rupanya agak teruk le....sampai ke tol simpang pulai. kami kuar ikut ipoh timur...singgah makan kt mc'd kat ...ish tak tau plak apa nama tpt tu....tapi pastinya main road nak ke KL depan Sungai Rokam tu. masuk balik hiway kat simpang pulai...ada lega skit tapi sekejap je pastu most of the time...slow moving dlm 40-50 km/j je. bosannya laaaaaaaaaaaaa. lepas simpang nak ke jln duta, putrajaya segala baru le boleh pecut....emmm time tu apa lagi hubby pecut sakan le kat kol 12 t/malam juga le baru sampai.


KEK MARBLE MOCHA

Bahan-bahan :

Bahan A
250 gm butter,
210 gm gula kastor
5 biji telur ayam
50 ml susu segar

Bahan B (Ayak bersama)
240 gm tepung gandum,
1 sudu teh baking powder

1 camca teh mocha paste ) x ada ni so made my own: 1 sdb milo + 1 sdt nescafe + 1sdb air pns
1 camca teh nescafe ) tambah lagi 1 sdt choc emulco + 1 sdt kopi emulco

Cara-cara :
1. Pukul majerin dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan mocha paste dan nescafe. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Alas loyang dengan grease proof paper dan sapu sedikit marjerin di sekeliling dinding dalam loyang.
8. Sudukan adunan selapis demi selapis hingga habis.
9. Bakar adunan selama 45 - 50 minit dengan suhu 175 darj cel. guna loyang bulat 8@9 inci.

Quote:

cerita2 jom:
ana: a'ah ana blk kg jap je....tak smpt kemana pun ok ...set...len kali datang call yek...bkn senang nak berkenalan ni

mamafami: hubby tu memang suka bawa kete laju. skarang klu dia bawa 120kmj kat hiway...kami seme rasa cam tak berapa nak laju...140kmj baru rasa selesa hahaha. dah terbiasa. laju ni kena kete berat skit mama baru sedap.

mamasya: belajar kat mana, mrsm kulim ke? niway zana memang jarang sgt gi pekan bm tu. umah dia kat penanti nun. hubby kita tu bawa kete laju tapi dia tak jenis mencelah2....straight je dia drive.

cak: thanks cak. tu lah kan orang kata usaha tangga kejayaan. tak cuba tk usaha mana tau boleh ke tak. cak cuba le....kadang2 passion tu tak mai lagi kot...coz masa cak pun terhad.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net