Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-Jan-2008 11:23 Email | Share | Bookmark
kaya ball

 
 
kaya ball ni tengok resipi kat fp mamafami. ku memang suka amik dan cuba resipi dari fp mamafami nih. lama amik tapi tak buat-buat pun. sampai tengok kawan2 lain dah cuba...baru le ku plak mencubanya. emmm komen ku...not bad. sedap, rasa tersendiri. gamaknya lagi best kalau guna acu kaya ball tu kan.

masa first batch bakar...boleh kata semua ku buat bocor kat bawah. tu lah 1st time so tak tau nak adjas byk mana nak tuang batter dlm loyang. yg 2nd batch baru le ok.

resipi copy and paste dari fp mamafami je. thanks mamafami
KAYA BALL

Bahan-bahan :

250g tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
125g mentega (Mama guna majerin aje!)
75g gula kastor
4 biji telur
200ml susu segar
1/2 sudu teh esen vanila
Serikaya

Kaedah penyediaan :

1. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi.
3. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan 1/4 susu, putar, masukkan 1/4 campuran tepung, selang-seli hingga habis.
5. Lenser acuan dengan sedikit minyak masak. Sudukan bancuhan agak-agak separuh acuan, sudukan pula sedikit kaya dan tutupkan dengan lebihan bancuhan.
6. Panaskan ketuhar pada 145 C dan bakar pada rak tengah selama 10 - 12 minit.


Quote:
jom sembang:
meorjay: memang sedapkan kaya ball...tp yg ni lain skit dari yg beli...

hanieliza: eh k/liza tak terai lagik ka? terai le...sedap wpun tak sama macam hak beli.

nabialishad: tu lah k/zana tgk kat blog intan dh cuba so berkobar2 le semangat ha...

madiha: kalau ada petitin tu....pe lagi tunggu...cuba lah... gamaknya kalau buat lam papercup pun boleh gak kot nuuuuu....

k/rus: ya lah sedap kan k/rus. zana tingin nak cuba tukar acu nya plak

mamafami: thanks to you tooo

nur: sedapp

anna: tak gi le anna. niway tak le rajin ke kelas memasak pun. roti tu belajar ngan kawan2 kat fp je mcm fp mamafami ke...tp kalau nak meniaga roti bagus le kot gi kelas kan. takat nak makan kat umah...belajar ngan kawan dah le




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net