Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 22-Dec-2007 14:48 Email | Share | Bookmark
udang

 
 
Udang adalah lauk kegemaran anak2ku terutama syairah. Apa2 jenis masakan asalkan bhn utamanya udang pasti dia suka. Irfan pula lebih kepada udang goring. Any types of udang goring, goring garam kunyit ke, goreng tepung ke asalkan tepung.

Ni ku kasi resipi mudah dan simple masakan udang yang selalu ku buat kat umah nih.

Udang goreng black pepper

10-15 ekor udang yang dibuang kulitnya
1 sdb lada hitam
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ sudu besar rosemary atau rempah pizza (optional)
½ sudu besar sos tiram
skit garam
3 sdb tepung jagung

1.Bersihkan udang.
2.Tumbuk lada hitam + bwg merah + bwg putih hingga halus. Kemudian masukkan dlm bekas dan campurkan rosemary/ rempah pizza + sos tiram + garam.
3.Kacau hingga sebati kemudian masukkan udang dan gaul rata.
4.Perap selama 30 min atau 1 jam dlm peti ais.
5.Kemudian masukkan 3 sdb tpg jagung dlm plastit dan juga udang tadi dan di goncang2kan agar udang disaluti tpg. Boleh juga buat dgn cara menggolekkan udang ke tepung jagung.
6.Goreng dlm minyak panas hingga kekuningan. kalau tak nak goreng...boleh juga digril atas pan tapi skip step 5.


Udang goreng sos

20 ekor udang dibersihkan
1 ulas bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dipotong serong
2 ulas bwg putih dihiris nipis
2 sdb sos tomato
1 sdb cili mesin
1 biji kentang dihiris dan digoreng terlebih dahulu
garam
kunyit
gula

gaul udang dengan garam dan kunyit;
panaskan minyak dlm kuali dan tumis bwg putih seketika
kemudian masukkan cili mesin dan tumis seketika
masukkan udang dan dikacau rata.
Masukkan pula cili sos dan goreng seketika, boleh masuk air skit utk kuah
Finally masukkan bwg besar, cili merah, kentang dan juga perasakan dgn garam dan gula.
Biar didih seketika dan angkat, sedia utk dimakan ngan nasi panas2….


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net