Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Sep-2007 10:54 Email | Share | Bookmark
iftar.....

 
 
 
 
 
lama tak update pasal iftar nih....tak ada menu menarik sgt pun. cuma 3-4 ari pertama tu ku semangat sungguh memasak, siap 3 jenis lauk dan satu kuih. tapi setelah diperhatikan...kuih asyik tak abis, lauk pulak ada tinggal itu ini serba sikit...emmm mood pun jadi kurang dan kebetulan badan tak berapa sihat last few days so tup tup yesterday cuma masak ketam masak serai je untuk lauk berbuka dan tanpa kuih pun hahaha... lagipun tekak kurang selera jadi blur plak nak masak apa. tapi luckily anak2 dan hubby semua jenis tak pemakan so derang satu lauk pun ok, no komen.



antara menu yg telah ku masak adalah ketam masak serai, udang goreng gajus, udang goreng garam kunyit ngan cili skit, egg tofu, kailan ikan masin, ikan belah belakang and kari sembilang. kuih pula tepung pelita, tepung bungkus, kuih sagu dan karipap. dan satu lagi ku wat salad kentang campur kurma segar.

masa ari ke 3 ramadhan ku gi buka puasa umah chak ku. dia masak nasi impit, bubur lambuk, pasta dan ku bawa ayam madras ngan tepung pelita. tapi lupa plak nak snap gambo

ari ni dah byk berehat coz kukis untuk tempahan yg perlu ku siapkan awal tu dah siap so selera makan dah ok. and macam2 dalam kepala. tapi ku nak masak ayam kicap untuk anak2 dah kari sembilang untuk hubby dan untuk ku...cucur udang and kuah kacang le. k lah nak gi setat enjin kat dapur le plak...



egg tofu ngan cendawan

2 pek egg tofu
1 pek cendawan
1 ulas bwg putih - dicincang
2 hirisan nipis halia - dimayang halus
2 biji cili api - diketuk
1 sdb sos tiram
1/2 sdb tpg jagung
cili merah - dipotong serong
1/2 buah tomato - dipotong
daun bawang dan daun sup
bawang goreng.

potong egg tofu ikut saiz yg disukai dan di goreng dlm minyak sampai kekuningan. angkat dan tos. pas tu panaskan minyak, tumis bwg putih, halia dan cili api sampai naik bau.
masukkan sos tiram kacau seketika then masukkan air dalam 1 cwn.
biar didih seketika then masukkan tepung jagung yg dibancuh ngan air sebagai pemekat. ha...jangan lupa taruk garam dan serbuk perasa jika mau. pastu masuk le cili dan buah tomato yang dipotong dan juga cendawan. bior didih kejap pastu masuk le daun sup dan daun bawang dan juga skit bawang goreng. kacau rata then boleh le diangkat dan dituang ke atas egg tofu tadi. emm sedappp ku suka makan cengitu je.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net