Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 16-May-2007 04:54 Email | Share | Bookmark
wedding at kuantan

 
 
 
 
 


ini wedding staff hubby ku masa dia kat mohe. kat kuantan a few weeks ago. sebulan dah kot hehehe...biasa ah...malas nak download foto dari kamera ke komputer. cantik pengantinnya. ramai gak geng mohe gi kenduri dia. derang siap nek bas. kita orang gi nek keta sendiri. sebelum gi kenduri, sempat round kat kuantan parade dulu. saja ronda2 sambil cari kasut kat irfan. masa kat kenduri tu rasa cam nak tunggu persandingan tapi ....lama le plak nunggu, panas lak tu....last2 hubby ajak gi singgah umah mak sedara nyer kat kg berdekatan. so tak le sempat nengok majlis sanding.



resipi untuk ari ni lak...tepung bungkus. emmm kuih faveret kami suami isteri.



tepung bungkus

inti :
1/2 biji kelapa muda parut
1/3 cwn gula melaka/merah
1/2 cwn air
daun pandan

masak gula melaka/merah ngan air dan daun pandan hingga didih. biar didih lama sikit or until nampak cam pekat skit. baru masukkan kelapa parut dan kacau hingga agak kering skit tekstur nya. bila dah sejuk, bulat2kan inti dan golek atas tepung pulut. atau masukkan inti ke dlm doh tepung pulut (tpg pulut + air).

batter:
1 cwn tepung beras
2 cwn santan cair
skit garam

bancuh tepung dengan garam dan santan hingga sebati. Masukkan dalam piyok dan masak atas api sederhana dan kacau agar tidak berketul..kacau hingga separuh masak atau skit pekat. ambil daun pisang dan letakkan 1 1/2 sudu adunan tepung tu dan atur 2 biji inti dan tutup dengan lagi 1 1/2 sudu adunan tepung. balut dan kukus dlm pengukus selama 15 minit. lagi satu cara kalau tak ada daun pisang boleh masuk dlm cawan2 kecil atau susun dlm loyang pun boleh.


Quote:
gebang-gebang:
nasnina : kawan ko ke nina hehehe, ko tak gi ke kawin dia? dah agak dah klu letak kat fp nih musti ada yg kenai. mula plan nak gi kenduri sebelah lelaki kat taiping langsung balik kg, tapi fikir jauh le plak, dah tu baru sangat je balik kg, tu yang ke kuantan.

ck : nasihat ku, klu nak diet jgn buka fp yg byk foto n resipi makanan nih...memang abis le diet tu heehehe jadi cam ku....last2 lupa cengitu je niat nak diet tu.

mamafami: emmm tpg bungkus...klu zana, memang sedapppppp. tapi yg jual tak kena citarasa esp part inti tu.

mok nda: dah lama dah buat tu cuma tak ter upload je ke fp nih. dah ada resipi cuba le buat yek. susah nak dpt org jual kuih ni sedap. akak pun ada satu gerai kat kg nun yang jual kuih ni sedap . dr zaman kanak2 lagi akak suka kuih ni sampai le dah pandai buat sendiri hehehe.

nic : ye lah nic, sedap kuih nih....

kak kham : daun beli le kak kham oiiiiiiii. umah sewa so tak le rajin nak tanam pokok pisang. lgpun tangan ni klu tanam pokok....susah nak idup atau subur....kering je seme pokok yang saya tanam, yang mati terus pun ada


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net