Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 6-Mar-2007 11:41 Email | Share | Bookmark
apam salju n kuih koci

 
 
 
fuyooo lama tak leh nak update fp ni...cewah cam lama benor ...ada le kot tak sampai seminggu kih kih kih. bukan tak tingin...tingin le sesangat nak update and juga nak menyibuk kat fp kawan2...tapi tenet connection kat desktop tu tak mengizinkan. dah tu malas le plak nk kuar laptop. pagi ni laptop dah memang sedia kat meja...(laki yg buka) so cecepat le mengambil kesempatan hehehe.

ari ni gi morning walk...mengelat 1 round. normally buat 5 rounds...tapi coz malas plus hubby ada kat umah ...cecepat je abiskan 4 rounds yang wajib je hehehe. balik terus prepare bekpas....(bunyi cam real je wat bekpas). bukan buat apa pun...cuma buat kopi ngan telur separuh masak jer . nih sementara nak tunggu ikan2 kat dapur tu lembut...sempat le nak kaypoh2 kat fp nih.

ingat ari ni nak jamu mata kengkawan ngan apam salju..dapat resipi dr fp k/liza and juga kuih koci. kuih koci ni main hantam saja buat. ini kes baca blog mazni le. dia cite buat kuih koci so ku pun jadi terliur. lagipun kuih ni agak laku kat umah nih. ingat nak buat lagi tapi tak ada daun pisang le plak. buat lopes je lah ptg ni...balut ngan plestit `saran` tu dah le



apam salju
2 mug cooked rice
2 mug tepung gandum
2 mug tepung beras
1 mug gula merah/brown sugar
3/4 mug gula putih
2 1/2 mug air
6 gm instant yis

Blend nasi dengan air until fine. Masukkan gula and continue blending. Di dalam bekas lain, campurkan tepung dengan yis. then tuang adunan nasi tadi ke dalam tepung dan kacau sebati perlahan-lahan. leave it to prove for 2-3 hours, bergantung kepada cuaca gak. kalau cuaca panas tak perlu sampai 3 jam kot...coz kalau lama sangat ia akan jadi masam. Panas kan steamer, tuang adunan ke dalam cawan plastik yang kecil2 tu (cawan buat lompang) dan kukus selama 15 minit.




kuih koci

tak ada spesifik resipi ...i just guna tepung pulut di campur sikit dengan beras pulut itam yang i blend til fine. then i bancuh dengan air/santan dan skit garam. bancuh hingga jadi doh yang senang untuk di bentukkan. pastu buat bulat sebesar bola ping pong dan masukkan inti kelapa dan tutup rapat. golekkan dlm minyak dan balut dengan daun pisang. kukus selama 15-20 minit. Inti pulak..rebus gula merah dengan air hingga didih, then tapis. masukkan kembali ke periuk dan masukkan kelapa. kacau hingga agak kering dan sebati.


Quote:

ida : jgn malas....gi cepat kuar kan piyok kukus...jom kita wat pojek kukus mengukus hehehe

mamafami : pelik ke rupa kuih koci zana? sebenarnya tak pasti camna bentuknnya...so this time zana balut just to make sure ia tak ternganga bila dikukus

zakiah: apam ni sedap...ada org buat guna tapai nasi. niway zana buat lum puas ati lagik ngan rasanye. masih nak kena belajar dan byk mencuba lagik


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net