Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 6-Oct-2008 05:10 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITIRI

 
 
[/i]

[i]SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI ZANA@ROS, AZMAN, SYAIRAH DAN IRFAN, BUAT SEMUA RAKAN2 YANG MENGENALI KU DIMANA JUA ANDA BERADA. HARAP RAKAN2 DAPAT MENERIMA UCAPAN INI WALAUPUN AGAK LEWAT. ALMAKLUMLAH SIBUK BEBENOR LE SEBELUM SYAWAL TEMPOHARI.



Monday, 8-Sep-2008 10:33 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN DITUTUP

TEMPAHAN KUKIS UTK RAYA 2008 DITUTUP. JUMPA LAGI... DI LAIN MASA

TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG MEMBUAT TEMPAHAN DAN JUGA A SPECIAL THANKS TO YANG SETIA MENJADI PELANGGAN TETAP KU SEJAK KU MULA BERNIAGA KUKIS NI. U KNOW WHO U ARE


Saturday, 30-Aug-2008 11:30 Email | Share | | Bookmark
seminggu sebelum ramadhan 1429

 
 
 
View all 5 photos...

ni ciskek ku wat last week emmm sedapnya...base dia guna nestum choc chip reject ku tambah ngan hazelnut...emmm sedapnya. cis nye plain je...ku memang suka ciskek yg plain ni...so that ku dpt rasa the actual taste. resipi ciskek ni amik dari fp k/rinnchan. ciskek ni jadi cantik je...level je atas dia, tak ada lopak pun, cuma rupanya agak terlebih brown...tak suci cam k/rinn buat hehehe. tastewise pun sedap, tekstur pun very light and smooth. tapi ku ni org yg cerewet gak ku ada ku nyer own preferences...ku lebih suka yg agak heavy skit and lebih skit masam dia. tapi untuk normal person.....resipi ni memang sedap...tu lah lain orang lain citarasakan.

ni resipinya - copy and paste dari fp k/rinn je...bolehkan k/rinn

FASTEST CHEESE CAKE
Sumber : Tak tercatat dalam buku nota tapi dari sebuah website omputih..

Bahan-bahan :
500gm philadelphia cream cheese (2 ketul lah tuuu... )
1 cawan susu segar
1 cawan gula putih ( Rinn guna 3/4 cup castor sugar)
2 sudu besar tepung jagung
1 camca teh esen vanilla
4 biji telur
1/2 biji buah lemon yang warna kuning tuu..., perah jusnya

* Cheese cake ini tanpa base tapi Rinn bubuh juga base biskut oreo...***Patutlah tak jadi "Fastest" sebab dah curi masa sediakan base nya..

Cara-cara:
**Base biskut oreo
1 packet panjang biskut oreo dikisar halus. Cairkan 60gm butter dan gaulkan. Tekan dalam loyang 22cm or 23cm dan sejukkan dalam petisejuk.

1. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel.
2. Putar cream cheese hingga kembang. Masukkan gula, susu, jus lemon dan tepung jagung. Terus putar sampai kembang.
3. Masukkan telur satu persatu. Selepas telur yang ke 4, putar lagi selama 7 minit.
4. Tuang adunan ke atas base biskut oreo.
5. Bakar secara water bath selama 1jam atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing. dah masak kuar terus dari oven kata k/rinn tapi kuar biar dah suam baru kuar dari oven hehehe
6. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. Sejukkan dlm petiais selama 3jam - 4jam.
7. Hias ikut citarasa. Hidangkan.


minggu ni minggu yg bz...almost everyday ada tempahan. yg tak ada tempahan cuma khamis dan ahad je. bermula dgn isnin, tempahan dari hana syakirah - 7" choc banana cake and plain carrot walnut cake. masa hana datang umah ada kejadian tak diingini berlaku. dlm dok sibuk sembang dgn hana...hasya doter hana, jatuh kat lantai umah ku. dia dok main bola. ingatkan skit je...rupanya luka dagu dia..agak teruk juga ...lantai umah ku tiles tapi gaya luka dagu hasya macam jatuh kat jalan raya. darah kuar byk gak. kecian kat hasya. harap2 by now luka hasya tu dah okay.


hari senin tu gak ku dpt order last minit dari nizar. dia minta ku buat kat cuppies choc + ganache, karipap dan baby cistat untuk adik dia shafiqah yg belajar di UKM. dia minta ku hantar sekali kat adik dia coz...senin adalah besday adik dia tu. so ku did my best siapkan ari selasa dan anto lepas maghrib.
emmm gembira skali air muka shafiqah bila terima surprise gifts dari kakak dia....terpancar kegembiraan diwajah dia...senyum melebar...membuatkan ku dan suami juga turut tersenyum dan rasa gembira . niway nasib gi ngan hubby ukm tu...kalau tak terpusing2 le gak ku nak cari kolej ....hubby lak dia dulu student UKM so ok le kan. lepas tu kami singgah kat kolej ibrahim yaakob, gi anto cuppies dan cistat utk farehah, my niece.


rabu dapat tempahan dari grup keusahawanan athirah, my niece. derang ode cupcakes choc marble dan souffle cheese dan juga muffin blueberry, utk dijual kat kawan2 derang kat UPM. so the whole day ku bz dok bakar cuppies tu seme. lewat petang baru gi anto. lepas anto kat athirah gi singgah kolej mirna lak, (my niece yg sorang lagi) kasi cuppies xtra dari tempahan tu.


ni plak tempahan utk jumaat dan sabtu. carrot walnut dan cheese frosting dari alia. baby cistat dan karipap frozen dari k/dot dan kawannya di putrajaya. sabtu plak baby cistat dari ainun dr bandar tun hussein onn.

memang bz giler minggu ni. ingatkan nak concentrate wat kukis je...rupanya byk la ode cake, cuppies dan cistat...syukur lah rezeki nak ramadhan kan. lagipun bagus juga...at least boleh wat modal nak wat kukis kan kepada seme kenalan yang sudi membuat tempahan...jutaan terima kasih. harap kalian suka dengan apa yg ku mampu berikan.


Thursday, 28-Aug-2008 05:57 Email | Share | | Bookmark
KUKIS RAYA 2008 - tempahan dibuka, CLOSING DATE 8HB SEPTEMBER

 
 
 
View all 15 photos...

TEMPAHAN UNTUK KUKIS RAYA 2008, DIBUKA SEKARANG...MARI JAMU MATA SAMBIL MEMILIH YANG MANA BERKENAN DIHATI YANG NAK ORDER ATAU NAK JADI EJEN, BOLEH MEL PESANAN ANDA PADA KU KAT zanaz70@yahoo.com atau sms ke 0129102655. LOKASI KU DI BANDAR BARU BANGI.

oat crunch - RM20


orange choco chex cookies - RM20


green peas cookies - RM20


almond sweetie - RM22


hazelnut ball - RM22


hawai rumball - RM22


almond london - RM22


almond shorbread chocolate marble - RM25


bebola kristal (biskut arab) - RM20


cashewnut cookies - RM20


nestum choco chip - RM22


mushroom cookies - RM20


oat choco chip - RM22


suji lebaran - RM20


almond ghee cookies - RM20.00


Wednesday, 20-Aug-2008 19:34 Email | Share | | Bookmark
ode yg lalu

 
 
 
View all 5 photos...

meh letak award dulu. award ni was given to me by mamasya. thanks mamasya. mau kasi sapa yek...later2 lah cheq buat noooooooooooooo



ni choc chip almond muffin yang resipinya ku amik dari fp k/rinnchan. sedap juga cuma agak manis pada tekak ku. some ku letak almond flake dan ada yg tidak dan pastinya ku tak letak kismis coz tak ada stok dan tak suka hahahaha. ku buat muffin ni sebab nak buat bekal utk irfan dan dua lagi kwn dia nak berenang kat pool presint 16 putrajaya. kami berempat gi pool tu tadi petang. ku dah jangka satgi naik dari pool sure bebudak ni lapar, so buat le muffin nih. memang tepat skali...naik je trus cakap lapar. so kasi derang makan dulu muffin tu baru balik umah. masa nak gi pool tu sempat singgah kat putrajaya holding jumpa k/dot utk kasi sample kukis raya.

minggu ni so far tak ada ode. so ari2 cuti sekolah ni ku melayan tido le. lepas hubby gi keja dan solat subuh ku tido balik dan bangun agak lewat hehehe. bgn trus wat keja umah ie sapu/vacuum, mop, basuh/sidai kain, masak etc. masa terluang ku dok menatap buku cerita le. tadi sebelum gi pool sempat gi library dulu tukar buku cerita. at least tak le boing sgt nak nunggu bebudak tu mandi. nak mandi skali ku tak ada le plak baju renang.

CHOC CHIPS ALMOND MUFFINS

Bahan-bahan:
BahanA (Diayak)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh garam

BahanB (Dipukul hingga kembang)
2/3 cawan majerin
1 1/3 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar

Bahan C ( Digaul dengan sedikit tepung)
1/2 cawan choc chips
1/2 cawan kismis
1/2 cawan almond cincang

* Sedikit choc chips dan almond slices utk ditabur atas muffin

Cara-cara :
1. Satukan A dan B. Kacau sebati. Masukkan C, Kacau guna spatula setakat sebati sahaja.
2. Masuk adunan ke acuan muffin 3/4 penuh. Tabur sedikit choc chips dan almond slices.
3. Bakar pada suhu 190 darj cel selama 25min -30min, bergantung kepada oven masing-masing.



ni plak tempahan minggu lalu...first time wat kek princess tu...kah kah kah..dah siap dah amik pun kek...bila syairah dok belek2 gambar kat kamera...dia gelak beso...dia kata princess mama mata juling lahhhhhh ku tak terperasan dan tak terpk pun kek ni jelly nya tak kemas...byk sgt ke apa ke ntah le...warna pun kurang tepat. skin princess tu jadi warna peach...entah keturunan atau mix blood apa pun tak tau le kulit jadi kaler peach haru tol. kek tu fiza ode utk niece dia. kek asam tu plak...my regular customer kwn syairah, hezrina. 2 minggu berturut rasanya dia ode kek tu. kek salut coklat tu aceli ciskek, ode dari munirah. dan yg kapis tu plak tiramisu, ode dari norharlina, kwn kepada mazni. thanks mazni tolong rekemen dan thanks to norharlina kerna sudi menempah dari ku. tapi sorry aritu masa delivery....ada huru hara skit hehehe. ku tunggu kat bus stand lrt bkt jalil, lina gi cari ku kat pusat akuatik....communication broke down


ni plak tempahan dari regular customer aka my senior masa kat kolej dulu, k/anom. thanks k/anom. mula2 dia sms nak 200 pcs of cis tat....pastu on saturday dia tambah lagi 100 pcs so seme 300 pcs of baby cistat. tat shell tu dah buat awai2 lagi. cuma cis je nak letak and bake just before ku gi anto on sunday petang tu. so bila balik dari pusat akuatik bkt jalil, kelam kabut le ku wat lunch utk family. elok siap lunch dlm kol 1 lbh cengitu...trus continue letak cis dlm tat shell dan bakar....elok2 je seme siap di pack at 3 pm. memang ku dah plan nak kuar anto at 3pm. gi anto...anak2 dia aja tolong amik, coz anom ada kat kedai dia.

on the way balik tu ku sempat singgah kat seksyen 4 singgah kat my fav gerai kuih. aceli yg ku suka beli kat situ...popia goreng salut sambal...emmm sedap. dah byk ari tak makan terkenang le plak selalu dok beli bila pi amik syairah balik sekolah. kadang ku dok makan popia tu ngan irfan sambil tunggu syairah kuar dari sekolah. nak buat malas...coz hubby kurang minat.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net