Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 12-Nov-2008 02:03 Email | Share | | Bookmark
majlis akad nikah anak k/rus

 
 
 
View all 5 photos...

ni gambar pengantin di majlis akad nikah last saturday, majlis akad nikah anak k/rus my neber kat seksyen 7. memandangkan ku tak dapat nak meraikan majlis kenduri nya di sebelah malam so ku pergi le ke majlis akad nikah di sebelah pagi. mahap k/rus....tak dpt nak pergi atas sebab2 tertentu.

bergambar bersama jiran2 di seksyen 7 dan juga ibu pengantin, k/rus.


cuppies buah tangan ku pada k/rus



ni menu kami dinner malam tadi, udang wangi resipi amik dari fp k/rinnchan, sup cendawan dan ikan goreng. sedap udang wangi tu . kombinasi sambal + daun kari + udang kering+ minyak bijan memang sedap. tapi kalau tak suka minyak bijan, tak payah letak. aceli rasa minyak bijan yg paling kuat terasa, coz myk bijan ni kuat kan rasa dia wpun skit je letak. jika betui2 nak rasa kombinasi sambal + daun kari + udang kering....elok jgn letak minyak bijan. niway ku suka mcm ni. tapi still nak buat lagi nak rasa plak camne rasa dia tanpa minyak bijan.... selamat mencuba...tak rugi buat...senang je dan sedapppppppp

UDANG WANGI - sumber ku - k/rinnchan thanks for sharing.
Sumber : Buku Masakan Tradisi Halimah Shuib

Bahan-bahan:
300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang
Segenggam udang kering, direndam dan dirumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai DAUN KARI...
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidang.



Monday, 10-Nov-2008 08:05 Email | Share | | Bookmark
KUKIS UNTUK SEPANJANG MASA

 
 
 
View all 9 photos...
TEMPAHAN DIBUKA SEPANJANG MASA. BERMINAT HUBUNGI ZANA DI 0129102655 ATAU MEL SAYA DI zanaz70@yahoo.com.

bebola kristal RM20.00 @ 50 pcs
- ghee dan tepung gandum nama lainnya biskut arab.....rasa skali pasti nak lagi my all time faveret ni dr kecit2 lagi dah suka dan tak jemu dan juga ada penggemar nya...every year without miss mesti order


oat chocochip RM22.00 @ 50 pcs
- oat + btr + choco chip + tpg - ini juga antara yg digemari customers setia ku.


almond london RM22.00 @ 50 pcs

hawai rumball RM22.00 @ 50 pcs
whole hazelnut inside with hazelnut pwder dlm pastri - ada peminatnya tersendiri sejak dipasarkan 3 thn yg lepas.

orange choco chex RM20.00 @ 50 pcs
- orange flavor cookies dgn kombinasi choco chex memang sedap....dikunyah..masih baru utk ku nilai kepopularannya

almond chocolate shorbread - RM25.00 @ 50 pcs
ku jangka kukis ni tak hit lagi tahun ni...namun salah sekali jangkaan ku. shortbread ku masih diminati antara yang paling laris ku jual tahun ni dan mostly yang tempah adalah yg pernah merasanya...

samperit - RM20 @ 50 pcs
ku tak pasarkan masa hari raya...tapi insyaallah skali rasa pasti nak lagi. padaku resipi ni adalah one of the best recipes for samperit. dapat dari kenalan ku yang sama2 mengikut suami belajar di jepun dulu...fauziah namanya. tq fauziah untuk resipi yang sedap ni.

jejari oats...RM20 @ 50 pcs
belum dipasarkan. biskut sudah lama dipasaran dan telah ramai2 teman2 mencubanya. cuma selepas ramadhan baru ku terbuka ati utk membuatnya. emmm kalau ku tahu begini sedap rasanya telah lama ku cuba kombinasi ghee + oat+ susu+ tpg+ btr memang sedap.

oat crunch RM20 @ 50 pcs
kukis ni adalah kukis kegemaran seluruh ahli keluarga ku. first introduce to our family by my sister long time ago dari zaman ku dibangku sekolah hinggalah ke zaman anak2 ku plak dibangku sekolah ianya masih diminati. sekarang kakak ku tak lagi buat kukis ni tapi diganti dengan anak2 sedara kami nak tau camna rasa dier...meh le cuba ode


Thursday, 6-Nov-2008 14:14 Email | Share | | Bookmark
majlis ku

 
 
 
View all 4 photos...
semalam 5hb ku buat majlis yg bersempena hari raya hehehe majlis hari raya yg tertunda siarannya hahahaha...sebelum ni tak berkesempatan nak mengadakan majlis minum petang ni. majlis ni specially untuk kawan2 perempuan ku yg tinggal berjiran dengan ku semasa ku menyewa di seksyen 7 dulu. selain dari meraikan hari raya bersama mereka...pada ku majlis ni juga adalah cara ku showing my gratitude towards them...coz mereka adalah kawan pertama ku bila ku berpijak di bandar baru bangi ni. wpun dah setahun ku berpindah ke seksyen 9, tapi ikatan persahabatan ku dengan mereka terus mekar. setiap bulan syawal kami berjalan raya from house to house. dah pindah pun ku still join derang beraya. selain kwn2 di seksyen 7, ku ada juga jemput 3-4 orang jiran di seksyen 9, ku tak punya ramai kawan di sini dan yg ku kenal semuanya bekerja...dan majlis ku plak pada 3 petang...so hanya seorang yg hadir...Ita. Ita ni bukan ku kenal di bandar baru bangi ni tapi ita adalah jiran ku semasa menetap di chiba, japan dulu...tak sangka plak kami akan berjiran di bandar baru bangi ni

pastinya ini yg ditunggu2 kwn2 di fp... menu nya - menu ku pada ku agak simple. koey teow ladna my version , kentang goreng oregano, puff sardin/tuna, sushi, tepung pelita dan blueberry cheesecake yg terhangit atas nya . Ita pula bawakan ku puding cocktail. thank you ita. sedap puding tu.


cerita pasal makan nih...kentang goreng oregano...niway bukan oregano yang ku guna tapi pizza seasoning. dah siap goreng...sebelum dihidangkan ku sagat keju moza kat atas dia dan bake for 10 min then only i served it. it was a hit . kawan2 suka kentang tu siap minta resipi hahaha...resipi sempoi je kan...ku amik dari blog maklang kerteh dulu. kwn2 fp seme dh buat kan. begitu juga puff...mula2 seme ingat ku guna pastri puff utk buat puff tu bila ada yg bertanya...ku just show them apa ku guna...it was such a surprised to them...lepas tu siap buat demo lagik . cheesecake was well liked too...ada yg request ku buat kelas ...emmm got to think about it...coz bukannya terer pun. ku pun bukannya pernah ikuti kelas sangat pun. ilmu terlalu cetek rasa nya nak mengajar. tapi tengoklah dulu kan...ku ni tak leh dipujuk...nampak je kasar...tapi ati mudah cair kuang kuang kuang. ciskek tu terhangit pulak atas dia...bukan apa...bila dok bakar tu...ku dok sibuk sembang ngan hubby ku yg baru balik keja ....biasalah time tea tu adalah masa kita orang untuk berbual...esp hubby le time tu le melepas segala tensen kerja dia kat ku hahahaha....bila tersedar ada ciskek dlm oven...emmm dah terlewat niway rupa dia tak temper the taste pun cuma anak dara ku je mengomel dia tak suka this texture katanya...but texture tu bukan kerna terhangit tu...tapi texture dan taste tu berbeza dari ciskek yg dulu2 ku buat kerna kebelakangan ni ku guna teknik yg berbeza dari sebelum ni. dulu ku bakar ciskek tak guna teknik water bath/bain marie tapi ku bakar cengitu je but dengan suhu yg agak rendah. only kebelakangan ni ku guna teknik water bath. betui la kata chef sorang tu....cara membakar ciskek, jangkamasa seme nya boleh menghasil kan texture dan taste yg agak berbeza.


antara kawan2 ku yg hadir...sebelum bermula majlis makan2 ku minta derang adakan majlis bacaan yassin sekali. jutaan terima kasih ku kepada semua kawan2 yg sudi hadir antaranya k/zee, k/norma, k/ros, k/ina, k/su, k/iza, lin, norwati, nor, wati, sarah, ikin, k/gee, jah dan ita. jemputan ramai lagi...tapi ada yg tak dapat hadir.


ni plak masa gi beraya umah makcik zaitun kat seksyen 7. menu sempoi...specially requested by us...kari ikan bawal mami penang cicah ngan roti...fuyooooooooo sampai ada yang siap hirup kuah kari tu. memang power lah kari mami zaitun nih

ni sushi version ku...simple je filling je carrot ngan timun + tuna mayo. lama tak buat...rasa teringin plak. beli beras calrose 1 kg @ rm13. tapi beras ni memang le rupa beras yg kat jepun tu tapi tak plak se sticky beras yang dok beli masa dok jepun dulu . niway tak kisah lah. irfan memang makan giler ....dia makan 2 rolls sushi (bukan 2 slices tau...tp the whole roll tu) for lunch and another 2 rolls for dinner dan another roll for supper sblm dia tido... berbaloi.


Sunday, 2-Nov-2008 06:01 Email | Share | | Bookmark
pembuka tempahan utk nov 08

 
 
 
View all 5 photos...
tempahan pembuka untuk bulan november datang dari fiza. kek dan roti jala utk besday parti anaknya hani. kalau pengikut fp ni...pasti nama ni agak familiar. hani dan adam adalah 2 orang anak yg ku pernah babysit utk a few years...meaning sejak derang pulang dari jepun in 2005 dan ku stop jaga derang early this year. ku jaga hani dari 5 mths hingga umur 3 thn 3 bulan and yesterday 1st november she turned 4 years old. alamak lupa plak nak amik foto hani semalam. dia agak malu skarang dengan ku.

so di kesempatan ni...ku hadiahkan hani dengan kek barbie doll. hasil sentuhan pertaman ku utk kek doll ni. wpun hasilnya tak seberapa, masih terlalu banyak yang perlu ku pelajari dan perbaiki dlm menghasilkan kek doll ni....namun hani dan fiza ternyata begitu excited and happy dengan kek tu, syukur alhamdulillah...hani suka dengan hadiah dari mak ros ni sebelum wat kek ni...pastinya byk persoalan bermain diminda. so ana from http://elianas.fotopages.com lah jadi talian hayat ku. terima kasih ana, kerana sudi berkongsi ilmu dan tip dengan ku. amat2 tersangat le ku hargai kemurahan hati mu ana...


ni lah hasilnya.



HAPPY 4TH BIRTHDAY TO HANI ERINA

ni plak chocolate cheese cake - sponge cake layer dgn chocolate cream cheese icing.


Thursday, 30-Oct-2008 10:44 Email | Share | | Bookmark
2 minggu terakhir syawal

 
 
 
View all 6 photos...
alhamdulillah pada rezeki dibulan syawal, syukur ke hadratNYA. dan jutaan terima kasih kepada kawan2 yang terus setia menempah kek, baby cistat, kukis, dan roti jala dari ku dan tidak ketinggalan juga kepada pelanggan2 baru ku. diharap tidak serik berurusniaga dengan ku kalau ada yang terkurang...harap maaf.


ni tempahan dari lina.


roti jala ditempah oleh dr zauyah, linda dari kajang, ita,
baby cheesetarts ordered by fiza's fren and eli's cousin


marble stroberi cuppies di tempah oleh colleague kak dot utk b'day anaknya.


chocolate banana cake ditempah oleh hana shakirah.


hahaha...dlm himpunan kek ni..ada kek yg horror kek ultraman tu..ntah le...cacat semacam je...blur sungguh ku malam tu. malam tu deko 4 biji kek. untuk orang yg masih terkial2 dlm bab deko kek ni...4 biji adalah agak menesenkan kepala otak ku kui kuikui


chocolate cake ni tempahan penutup syawal.


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net