Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 29-Nov-2008 14:00 Email | Share | | Bookmark
award

 
ni award terima dari jiran seksyen hehehe amik kat fp rahaniss...tq for the award haniss.

Award ni ada syarat... syarat2 nye :

Sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing
Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
Bagi award nih kat 7 orang bertuah
Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu.....
emmm nasib baik senang je syarat nie ha... so sebab dah syarat kan, dipanjangkan award nie pd:
http://ejeamie.fotopages.com/
http://dilabangi.fotopages.com/
http://srsfeqah.fotopages.com/
http://abassaenterprise.fotopages.com/
http://tiara64.fotopages.com/
http://apple81.fotopages.com/
http://mamasya.fotopages.com/

pd yg menerima award...kalau dah terima...terimalah lagi dari ku plak hehehehe....


Quote:
mai nak cite:
memj: bukan orang bagan serai, tapi jalan baru, sungai acheh, nibong tebal


Friday, 28-Nov-2008 07:16 Email | Share | | Bookmark
kawan dan gifts

 
 
 
View all 5 photos...

kenal ke orang ngan ku kt foto ni??? sure ramai pengunjung fp yg kenal kan...tu le ana dari utara nun. baru ni ana kat area cini, dia gi shopping2 kat yummies depan kws umah ku tu..so ku pun jemputlah dia ke rumah ku. mula dia agak keberatan...tapi ku paksa dia singgah juga...siap ugut lagi..kih kih kih. akhirnya ana datang dengan suami dia dan 2 org anak dia. sonok sungguh jumpa ana dan keluarga. jamu ana makan t/hari, coz dah lunch time pun masa tu. lauk jgn cite le...lauk tanpa dirancang...belasah je lah. sori lah ana kalau ada terkurang kat mana2....almaklumlah appointment kita terkejut tergempar....tu lah ang tak mau sound awal2....dah sampai bangi baru nak habag.

ni plak kek coklat moist buah tangan dari ana. terima kasih...ingat gak ang nak bawa kat ku nu. ku aja tak dapat nak bagi apa2 coz tengah tak ada stok apa pun. wei len kali mai lagi tau...jgn serik. tak puas sembang2 ngan ang ari tu, coz sat sgt jumpa.


blueberry ciskek sebagai hadiah ari jadi buat k/dot. epi besday k/dot, semoga ceria selalu.
feedback dari k/dot:
zana.... thank you so much.... kek zana buat, kak dot sayang nak makan, dan memang tak sempat... so kak dot bawa balik, makan ngan family + my sister in laws... semua cakap sedap... depa memang tak makan cheese cake, tapi bila rasa sikit, nak lagi... thank you so much!! and semoga kita semua di bawah lembayung rahmat Allah swt ....


ni coklat topping ciskek hadiah ari jadi buat anak sedara ku, murni. epi besday murni.


ayam masak merah versi arwah baba ku

ni adalah ayam masak merah versi arwah baba ku. rasanya ni resipi dia create sendiri berdasarkan...menu2 yg dia dok makan kat kedai dulu2. kiranya dia makan, rasa dan balik dia combined apa2 yg dia suka utk hasilkan resipi ni. arwah ni dulu org yg suka makan lauk2 cengini dan dia memang tukang masak kenduri kat kg ku. masakan dia...sedap.... hehehe baba ku masak mestilah sedap kan tapi tulah...anak2 tak ada sapa pun yg sempat minta resipi dari dia. masa dia meninggal...minat memasak lum begitu mendalam kat diri ku ni. lagipun masa tu ku kerja lagi...so bab memasak kurang terpikir...masak setakat makan berdua je masa tu. skarang baru nak nyesal. tapi ni ku dapat dari kakak ku yg no. 3. maybe dia dapat dari mak ku kot. resipi ni pun mungkin tak exactly cam dia buat....tapi rasa tu lebih kurang ada le hehehe. ayam ni le ku jamu ana datang ari tu

AYAM MASAK MERAH PAK AJI HASSAN

1 1/2 ekor ayam

A- bhn tumis (ni men agak2 je)
bwg merah dihiris
bwg putih dihiris
halia dihiris
1/2 inci kulit kayu manis
3 bj buah pelaga
sekuntum bunga lawang
3 bj cengkih

B - bhn mesin dan di adun sekali jadi pes
5 biji buah keras (tak ada buah keras ganti ngan kacang tanah pun ok gak)
10 biji buah badam
2 sdb kaskas (optional - kurang jarang letak)
1 sdt jintan manis
1 sdt jintan putih
1/3 tin tomato sup brand heinz (arwah guna brand ni je)
1/3 tin susu cair
1/2 botol sos tomato (arwah guna brand del monte je)
10 ulas bwg merah
5 ulas bawang putih
2 sdb serbuk cili (ni ikut tahap pedas memasing - nak taruk extra atau kurang)

C -
santan (optional - tak boh pun tak apa)
susu pekat
garam
bawang besar - potong bulat
daun sup dan daun bawang - dipotong



1. ayam dibersihkan dan di gaul dgn garam & kunyit dan digoreng sebentar.
2. masuk minyak dlm piyok secukupnya utk menumis.
3. tumis bhn tumis hingga naik bau dan agak kekuningan
4. pastu masukkan seme bhn2 mesin dan yg dah diadun sekali tu. dan masak hingga pecah minyak.
5. bila rempah dah pecah minyak baru masukkan ayam yg telah digoreng. kacau sebati
6. biar seketika dgn api sederhana, pastu baru masukkan air mengikut kepekatan yg disukai.
7. reneh kan dlm 5 -10 minit. then masukkan susu pekat, santan dan garam secukup rasa.
8. biar didih sebati dan sebelum tutup api masukkan hirisan bawang besar dan daun sup/bawang.

ayam ni lebih sedap kalau makan dengan nasi minyak atau yg sewaktu dengannya. ku kalau ada kuah ayam ni lebih...ku suka rebus telur dan curah kuah ni atas telur rebus...nyum nyum.





Thursday, 27-Nov-2008 11:49 Email | Share | | Bookmark
KUKIS UTK RAYA AIDIL ADHA - perubahan

ADA YANG BERMINAT NAK ORDER KUKIS UNTUK AIDIL ADHA KE??? KALAU NAK PLACE UR ORDER CEPAT SEBELUM TERLAMBAT.
LAST DATE UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN ON 29HB NOVEMBER 2008.
TARIKH AKHIR AMBIL KUKIS WILL BE ON 5HB DISEMBER 2008 SEBERLUM 5.00 PM.
NAK TENGOK KUKIS - CLICK KAT LINK KUKIS SEPANJANG TAHUN SEBELAH KIRI TU.

TEMPAHAN CISTAT JUGA DIBUKA. TARIKH AKHIR UNTUK COLLECT KUKIS DAN CISTAT DI ANJAK KEPADA BILA2 SAHAJA NAK. TAHUN NI SAYA MENYAMBUT AIDIL ADHA DI BANDAR BARU BANGI.

cara menghubungi ku:

e mel : zanaz70@yahoo.com

hp: 0129102655


Tuesday, 25-Nov-2008 12:27 Email | Share | | Bookmark
PEARL KID PROGRAM - SWIMMING

 
 
 
Irfan anak truna ku yg bakal berumur 11 thn pd 5 dis ni hehehe....di pelawa join program kat atas ni by a friend name Puan Norizah. mulanya rasa malas juga nak join program swimming ni...tapi irfan amat le berminat masa tu. maka nya berkorban le kami sebagai ibubapa...kami pun daftar le irfan ke program ni setelah kelewatan 3 minggu dari yg sepatutnya. alhamdulillah setelah lebih kurang 6 bulan dia mengikuti program ni dia berjaya berenang...bukan setakat berenang tapi juga berjaya menguasai 3 gaya, which are gaya bebas, gaya lentang dan juga gaya dada. cuma lagi satu gaya belum di ajar pada peserta beginners iaitu gaya kupu2 yang mana akan diajar pada next program.

peserta2 pearl kid program dari 2006 - 2008 bersama para jurulatih mereka

setelah 6 bulan maka berakhirlah program ni. last weekend ada hari terakhir program ni dimana seme peserta diberi peluang bertanding antara satu sama lain mengikut tahap umur dan juga kecekapan. terdapat dua stages dlm program ni, beginners dan juga advance. beginner yg baru join tahun ni. yg advance pula adalah peserta yg telah join program ni dari tahun2 lepas. ada yg dah thn ke 2 dan ada yg tahun ke 3. for advance students...emmm subarashi...derang memang ada yg dah begitu hebat pada mata ku derang dah menguasai 4 gaya renang. dan setiap weekend derang berlatih memantapkan gaya2 renang mereka dan juga menambah stamina.


aksi irfan ketika bertanding dlm gaya dada.


irfan dan kawan2 semasa hari ahad baru ni.

hari sabtu baru ni program bermula dari kol 3 dan berakhir...ntahlah, ku balik setelah acara irfan berakhir, tak tunggu dah coz penat sgt. hari sabtu irfan masuk acara gaya dada 50 meter...agak slow masa irfan...tapi kira oklah pasal irfan berjaya mengakhiri pertandingan tu. wpun dia cuma menduduki tangga ke 10 out of berpuluh2 peserta...aku bangga juga hehehe. hari ahad pula acara gaya lentang 50 meter dan juga gaya bebas 50 meter. bagi dua acara ni...keputusan keseluruhannya irfan mendapat tempat ke 15 untuk gaya lentang dan tempat KETIGA bagi gaya bebas....caya lah irfan. berjaya juga dia dapat medal. tak sia2 usaha dia dok praktis gaya bebas ni. gaya lentang adalah gaya yg paling dia tak suka hahaha...tak berapa cekap agaknya kot. hari ahad tu sehari suntuk dari kol 8 pagi hingga 6 petang ku dan hubby dok kat pusat akuatik nasional, bukit jalil tu. penat memang penat...tapi pada kami berbaloi. skarang tunggu samada program ni di jalankan lagi ke tak next year dan kalau ada kami menunggu surat kelayakan untuk ke tahap seterusnya


Friday, 14-Nov-2008 12:48 Email | Share | | Bookmark
baby oh baby

 
 
 
View all 6 photos...

ni Qaseema al Zahra ahli baru keluarga sebelah suami ku. dah dekat 3 bulan rasanya umur dia...ku pun tak ingat whether dah ada cite pasal dia... .

tengok ha zara nek buat kat umah ku...kena berbuai dlm bilik mak jang wat keja ha coz kat situ je ada tpt nak gantung buai. guna hook siling fan. bilik tu tak letak fan pun. hubby nak letak, ku kata tak payah so...ada gak faedahnya kan hehehe...boleh le gantung buai zara. aritu dia datang umah ku...masa awal tak boleh fikir kat mana nak gantung buai...jenuh si zara nangis...dah lewat petang baru le dpt idea tu pun pasal abah dia ada mention hook kipas. kalau tak mau tak tido malam ibu ngan abah dia dia ni kaki nangis...ala2 anak sulung ku gak le. sebab tu terpaksa berbuai. kalau tak ...mau tak makan maknye asyik nak pegang dia je.

ni kek utj jamuan sekolah anak2 ku...tiramisu utk kelas irfan...irfan hantu tiramisu...asyik nak tiramisu je. syairah plak wat kapis carrot cake.


tiramisu kapis tempahan dari colleague k/dot, kapis dari ayu putrajaya, ciskek dari hezrina


chocolate cheese cake tempahan dari Sa, blueberi cistat dr anom dan haslina, blueberi cake dari cikgu nora, karipap dari ayu dan ita.

ni lah antara tempahan yg sempat digambarkan

Quote:
ngomel skit jom:
umieaisyah: lahhh pe lak tak ada. cis tat ni...tak kisah le bluberi ke, marble ke stroberi ke...tu seme utk deco/filling je. yg penting cistat tu hehehe kan kat link tu ada marble cheesetart nye resipi...tengok kat situ yek

jasmeen: patutnya saya yg gi berguru ngan jasmeen coz pandai paip macam2 design.saya ni tak pandai paip design...only a few je. rasanya kemas ni....coz tak byk benda kat atas tu kot hehehe..

haniss: ku dah tak brapa sesuai punya baby lagik hahahaha. tu bukan stok butter tapi bekas kosong je tu. tu seme yg guna masa wat kukis masa ramadhan. some of the containers ku simpan so that nanti senang nak stock up cookies ke biscuits ke hehehe. ku shopping kat yummies coz lebih murah dari vanilla.
.


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net