Zana's FotoPage

By: Zana Hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Thursday, 10-Apr-2008 04:24 Email | Share | | Bookmark
majlis di kejiranan seksyen 9

 
 
 
View all 4 photos...

Last sunday, ku gi hadiri majlis yassin di rumah Aja. Niway majlis ni ada every month di kejiranan ku nih. majlis ni dah diadakan beberapa kali tapi ini lah kali pertama ku dapat hadir ke majlis ini. normally diadakan pada hari sabtu tapi kali ni hari ahad. the attendance for this majlis...tak seramai yang sebelum ni. agaknya kebetulan hari tersebut ramai yang ada hal kot. majlis ni just for kaum ibu je. bagus juga ada majlis sebegini, at least baru le kenal jiran2, bertukar cerita dan pendapat dan berkongsi ilmu. masa sesi makan2 emmm penuh meja juadah yang disediakan tuan rumah dan juga buah tangan dari para tetamu. fening nak makan ha...terlampau byk pilihan hahaha. hopefully, lepas ni ku dapat hadiri lagi majlis sebegini di sini.




ni blueberry muffin buat last sunday morning. aceli ada kwn request sample. so ku buat le sikit. resipi...tekstur nya lebih kepada tekstur kek...very spongy kalau dibanding dgn resipi blueberry muffin yang ku buat sebelum ini. yang dulu tekstur dia di antara english muffin dan kek. niway yang ni kalau simpan lama skit pun tak apa...tak perlu dipanaskan bila nak makan. so dedua resipi pun ku suka hehehe.

BLUEBERRY MUFFIN (copy and paste dr fp k/rinn)
Bahan-bahan:
280gm butter
240gm gula castor
4 biji telur
2 camca kecil esen vanilla
250ml susu segar
400gm tepung gandum
4 camca kecil baking powder
Blueberry filling secukupnya.

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula caster hingga berkrim dan putih gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul adunan.
4. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Pukul sebati.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam batter sedikit demi sedikit. Jangan terlebih mengadun.
6. Isikan adunan ke dalam muffin cups separuh penuh. Isikan sesudu blueberry filling dan
tutup semula dengan batter sehingga tiga per empat penuh.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min -30min.


Monday, 7-Apr-2008 15:24 Email | Share | | Bookmark
kek pisang

 
 
kek pisang ni mana amik resipi pun tak ingat. resipi ni dah ada dlm simpanan nearly 10 years dah kot. 3-4 years ago selalu gak buat kek ni. tapi semenjak dua menjak ni tak buat le plak. so hari kamis ari tu since pisang pun ada kat umah ku pun buat le. so dok ingat tak nak bakar nak kukus je. konpiden je guna loyang 8" square...tup tup nak masuk steamer tak brapa nak muat...tapi masih boleh tutup. ku tutup loyang tu dgn aluminium foil. dah kukus 40 minit...ku pun konpiden le dah masak...skali buka....kek sudah cecah aluminium foil kat tengah dan tgh belum msk lagi...emmm pasal apa jadi camni....pasal loyang tak cukup tinggi...so nak tak nak...kuar kan dari steamer...pi sambung bakar kat microwave oven le plak lagi 20 minit. so texture kek ni pun cam berat semacam je.... padan muka ku. tapi taste wise...sedap. cuma part gula tu kena adjas byk dari resipi asal. ni resipi kat bawah dah adjas gulanya.



176 gm butter
200-230 gm gula
3 biji telur
350 gm tpg gandum
125 gm susu segar
12 gm soda
250 gm pisang lecek

ayak tpg ngan soda. pkl mentega dan gula hingga kembang. masuk telur one by one and beat sampai smooth. add in tepung dan kacau sebati. masukkan susu segar dan pisang dan kacau sebati. bakar pd suhu 180 atau 170C selama 30-45 mins. ni guna loyang square 20 cm

wei dedulu bkan dah bagi ka resipi ni. tapi ni pun sejak balik mesia tak penah buat dah. dari sehari ke sehari dan dah berpuluh kali beli pisang, masih gak tak jadi kek pisang hehehe. kalau ang rajin amik skit ang terai kukus, tgk jadi ke tk.



Friday, 4-Apr-2008 03:36 Email | Share | | Bookmark
hasil kerja ku

 
 
 
ni just nak cuci mata...antara hasil kerja ku yg sempat/rajin diamik gambarnya


2 kek spongebob yang ditempah oleh Pn Mirani dan Mazni. Terima kasih pada kalian berdua yang sudi mencuba produk ku.


cuppies ku ni, masih ditahap bertatih. tak reti sungguh nak menghasilkan gabungan deco yang menarik. . bulan lepas byk dpt tempahan blueberry cheesecake dengan chocolate cheese cupcake.


jom minum kopi sambil jamah kek2 yg kat atas tu (foto ni syairah yg amik...ku suka foto ni dan kebetulan tu my favorite coffee cup)

minggu ni sibuk dengan kek. minggu maulidur rasul tu ku sibuk dengan tempahan roti jala....naik lenguh kaki dok berdiri dok jala roti jala berkilo2 (cewah tulis berkilo2 cam 5-6 kg walhal, 1 ocassion tu 2.5 kg and the other one was 1 kg je)

Quote:
cerita jom:
zatidhati: nak kopi apa kak, mocha, espresso, cappucino sat cheq pi bancuh nuuuuuuu

ana: mana ada kencangnya...tapi still syukur alhamdullillah enough to fulfil my free time . ana, mana ada kemas pun simen dier....kat gambar tu pun boleh nampak...tambah le lagi in reality hahahaha

mamasya: alhamdulillah....ada le juga tempahan budak2 memang suka spongebob ni kan...

ida isk: thanks k/ida...takat spanbob le cantik....hok lain tu...byk kelemahan.

anna: anna yang bertatih tu part deco cuppies terutamanya....masih tak cukup kreatip dan kurang skil bg menghasilkan deco dan gabungan deco yang menarik . spanbob tu kat spanbob je encem kot....tang lain....sememeh weiiii...

k/rus: biru tu adalah salah satu kaler kegemaran zana masa zmn muda belia dulu...org kata itu daun stroberi......k/run jgn tak tau bagai nak lembik kaki cheq dok menjala berkilo2 tu. tapi bak kata orang rezeki jgn ditolak

mazni: suka ke?....thanks to u coz sudi menempah kan.

k/rinn: thanks k/rinn. kadang2 tu semangat dari kawan2 spt k/rinn juga membuat ku berusaha lebih

zura: thanks zura, akak dah lama dok admire spanbob zura...baru ni sendiri nak cuba

hajar: thanks hajar...bertatih tu dari segi kreativiti mendeco cuppies tu...dan juga skil nak sapu bc atas kek supaya kemas dan juga nak hasilkan border yg menarik.

lynnhassan: ....sapalah akak klu letak tepi lynnn.... hasil kerja lynn amat akak kagumi







Wednesday, 2-Apr-2008 18:51 Email | Share | | Bookmark
balik kampung

 
 
 
View all 5 photos...
last weekend kami balik kg. tak plan dari awal pn cuma suddenly n thursday evening hubby kata maybe nak balik kg on friday petang. only after solat jumaat baru dia konpem jadi. kelam kabut gak ku packing ken baju. aceli hubby ada kerja skit kat UUM on sunday. tu yang kami singgah ke kampung sekali. lagipun dah lama tak balik, last trip masa raya aji. petang kol 6 kami bertolak. biasa le ari keja...so hiway utara selatan tu start masuk area damansara je...memang le byk keta and slow moving sampai le lepas rawang/bukit beruntung. pastu slow moving lagi coz kerja2 pembinaan lebuh raya sampai le ke tanjung malim. kol 8.30 baru sampai R&R tapah. berenti dinner kat situ. kol 9 baru sambung perjalanan...tapi memang perasan...byk keta menghala ke utara. anyway managed to reach kg hubby kat Bukit Mertajam around 11.45 pm. tapi bawa keta..macam nak tercabut meter ...hehehe tu ku le kata kat hubby...manataknya sampai 180 kmj (nasib kete ni meter byk tu je....klu ford laser buruk ku tu sampai 240kmj ntah le camne plak) ditekannya minyak sampai irfan dok tido pun bangun pesan..."bawa le slow skit, ni bukannya kete F1" ketawa besar ku kat hubby ku, tersengih2 dia.


ini kek mocha yang ku buat untuk balik kg. last minute pun buat. niway...sedap kek ni k/rinn hehehe coz amik dari fp k/rin. tapi dia nyer belang tu....suka ati makbapak cheq le

dok umah mertua sampai petang sabtu, pastu bergerak ke rumah mak ku plak kat Sg Acheh, Nibong Tebal. dlm perjalanan kami singgah kat gerai mee kuah yg menjadi tumpuan org sekitar tu. laku betui kedai tu. ku penah makan mee tu tapi tak pernah makan kat kedai tu, tapau je. tapi kali ni hubby ajak makan kat situ. and ku punya terkejut...bukan takat customer je penuh meja ....di atas meja juga dipenuhi dengan lalat2. hairan sungguh napa le dah byk lalat cengitu pun kedai tu laku lagi???? hubby kata lalat2 tu bukannya memberi makna kedai tu kotor, tapi kawasan tu memang byk lalat coz tak jauh dari kampung tu adalah tempat penternakan ayam dan itik...emmm patut le pun.



sunday pepagi hubby dah kuar umah ke UUM. so ku lepak kat umah mak ku. sambil borak2 dengan k/ipar ku. anak ku plak esp irfan....emmm sakan dia bermain dengan sepupu dia aiman. abis bendang pun diterjahnya. selama ni dia tak pernah terjun bendang coz selama ni derang sibuk ngan game kat komputer bila balik kg atau men ps2 tapi kali ni komputer rosak and ps2 tak ada kat umah....so bendang blakang rumah diterjahnya . itulah tempat ku dok main dulu2 masa kecit2

kol 5 ptg baru bertolak balik ke sini. elok nak sampai trowong sebelum tol jelapang....kereta dah byk dan start slow moving. ingatkan sekejap je...rupanya agak teruk le....sampai ke tol simpang pulai. kami kuar ikut ipoh timur...singgah makan kt mc'd kat ...ish tak tau plak apa nama tpt tu....tapi pastinya main road nak ke KL depan Sungai Rokam tu. masuk balik hiway kat simpang pulai...ada lega skit tapi sekejap je pastu most of the time...slow moving dlm 40-50 km/j je. bosannya laaaaaaaaaaaaa. lepas simpang nak ke jln duta, putrajaya segala baru le boleh pecut....emmm time tu apa lagi hubby pecut sakan le kat kol 12 t/malam juga le baru sampai.


KEK MARBLE MOCHA

Bahan-bahan :

Bahan A
250 gm butter,
210 gm gula kastor
5 biji telur ayam
50 ml susu segar

Bahan B (Ayak bersama)
240 gm tepung gandum,
1 sudu teh baking powder

1 camca teh mocha paste ) x ada ni so made my own: 1 sdb milo + 1 sdt nescafe + 1sdb air pns
1 camca teh nescafe ) tambah lagi 1 sdt choc emulco + 1 sdt kopi emulco

Cara-cara :
1. Pukul majerin dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan mocha paste dan nescafe. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Alas loyang dengan grease proof paper dan sapu sedikit marjerin di sekeliling dinding dalam loyang.
8. Sudukan adunan selapis demi selapis hingga habis.
9. Bakar adunan selama 45 - 50 minit dengan suhu 175 darj cel. guna loyang bulat 8@9 inci.

Quote:

cerita2 jom:
ana: a'ah ana blk kg jap je....tak smpt kemana pun ok ...set...len kali datang call yek...bkn senang nak berkenalan ni

mamafami: hubby tu memang suka bawa kete laju. skarang klu dia bawa 120kmj kat hiway...kami seme rasa cam tak berapa nak laju...140kmj baru rasa selesa hahaha. dah terbiasa. laju ni kena kete berat skit mama baru sedap.

mamasya: belajar kat mana, mrsm kulim ke? niway zana memang jarang sgt gi pekan bm tu. umah dia kat penanti nun. hubby kita tu bawa kete laju tapi dia tak jenis mencelah2....straight je dia drive.

cak: thanks cak. tu lah kan orang kata usaha tangga kejayaan. tak cuba tk usaha mana tau boleh ke tak. cak cuba le....kadang2 passion tu tak mai lagi kot...coz masa cak pun terhad.


Wednesday, 2-Apr-2008 12:44 Email | Share | | Bookmark
rehat-rehat kat costa rica, pd

 
 
 
View all 8 photos...
pada 21hb mac ari tu kami sekeluarga di rehat2 kat costa rica hotel, port dickson. aceli hubby ada taklimat kat situ dgn kakitangan dept dia. so taklimat ni skali ngan family outing. kami check in dari khamis petang dan check out on sunday. ada pool ada pantai...emmm itu daya tarikan utama untuk irfan, anak truna ku sorang tu . so sepanjang kat situ....dia pagi petang asyik berendam kat pool atau laut je lah. dan ku plak jadi tukang teman....

pemandangan dr balcony apartment yg kami nginap

dah muak kat pool and pantai kami berubah angin ke bowling alley kat hotel tu. tapi nak cite....sebenarnya tak le pandai main bowling pun. dan last sekali ku main bowling before ku kawin hahahaha....about 14 years ago...lepas kawin sekali pun tak penah baling bola bowling lagik so kononnya nak ajar irfan main bowling le...walhal mama main satu game tu almost seme frame ku baling masuk longkang . syairah kata....tu lah sapa suruh depa buat longkang kat bowling alley tu lawak lawak...ni dia quote lawak pak pi'e le nih . main sorang dua game pastu continue berendam kat kolam le ku pun mandi gak. tapi trip kali ni tak byk amik gambar. ku malas nak amik gambar. gambar yang ada ni pun mostly syairah yg amik.

saturday petang ada telematch. this time...ku tak join game sgt just satu game je ku join. coz this year ramai participant...so kira give way le kan....lagipun acik anto wakil je...syairah hehehhe. hubby lak...join almost every game yg ada. cuma volleyball je syairah sempat snap foto coz lepas tu bateri kamera kong....lupa nak caj . yg enjoy rasanya bapa2 dan mak2 budak over dari anak2 hahahaha...macam2 game juga lah derang main. ku tumpang ketawakan orang je

papa beraksi
sunday pagi around 11.30 am...kami dah check out. malas tunggu lelama...coz ku byk nak kena buat laundry nih...hubby plak sibuk nak tengok F1. balik masuk kainbaju semesin pastu ku gi tido 2 jam atas katil. bukan le pasal tak cukup tido kat hotel tu tapi tak puas coz bukan tido katil sendiri hahahaha. terukkan.




[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net